Sunday, August 1, 2010





salam..
lama jugak aku xmenulis ni..agak sibuk dgn mcm2 hal..baru ni ja ada peluang nak menulis.ni pun satgi nak lari p bank Islam aloq staq plak.bulan ni aku kalut dgn mcm2 benda.kerja penyelidikan yg xsiap lg, phd aku sama uruskan hal beli rumah. bila sebut psl beli rumah, benda yg mmg aku xpernah rancang sbb aku mula2 plan nak beli rumah dulu tp wife xberapa bkenan sbb nama taman tu xsedap..ada ka..?alasan...ntah mcm mana aku dgn wife jatuh cinta dgn satu taman kat jitra ni, taman tunku sarina, dkt ja dgn rumah yg kami sewa..nama pun sedap wife aku kata..xpala,kami pun p la tgk rumah tu, harga dlm RM196k..isk,aku plan nak beli yg RM150k ke bawah ja mula2 tu..tp ntah mcm mana kami sama2 bekenan plak dgn rumah tu..mmg selesa sgt2, rumah dgn 4 bilik, 3 bilik ayaq..bila2 aku pikiaq2 blk, kreta lama aku dah nak abis bayaq dah.aku pun try la masuk loan..tgk2....lulus!!alhamdulilah..terus proceed..mmg xdirancang pun nak ambik rumah tu..tp kalau dah rezeki aku kat situ Allah dah letak,alhamdulilah sgt2..mmg excited nak masuk rumah baru.wife pun dok hingaq ja aku dok keja beli majalah hiasan dalaman dan lanskap.dia kata aku kemaruk..lantakla..hehehe...tp duit simpanan aku boleh kata hampir abis ditarah la akibat beli rumah ni..huhuhu..tp thanks to my wife,byk jugak menyumbang ke arah nak membeli..

Wednesday, July 7, 2010

salam..
lps blk dari conference di langkawi, byk jugak benda yg aku belajaq..first cmna cara terbaik nak buat presentation dan yg kedua cmna nak improve aku punya english especially through communication skill.conference kali ni banyak pulak soalan yg aku dpt lps aku present.jenuh jugakla nak menjawab.mungkin sbb salah aku jugak kot sebab waktu org lain present, aku gatai dok argue dgn org pasal satu presentation dari wakil Institut Teknologi Bandung (ITB). elok lps aku present,aku pulak la kena balun dgn dia...haha...tp yg pasti,through conference ni la kita nak dptlan link utk future work.lg pun aku find out yg wakil2 dari ITB ni semua ok.siap ajak aku p sana dan lepak rumah depa lg.lps ja presentation aku p pekan kuah sat,saja ingat nak jalan2 dan xmau beli apa2 sebab duit mmg tgh "uzur" bulan ni..almaklumla baru pindah rumah..tp aku xbleh nak avoid jugak utk membeli sbb xsampai hati nak blk dgn tangan kosong..habis jugakla duit aku..sampai ja di rumah,aku rehat sesungguh hati sebab aku tau esok tu aku mmg nak kena pulun siapkan report yg mmg nak kena hantaq lusa..esok tu pulun la aku buat sampai pukoi 3pg then terus aku hantaq..punyala mengantuk..esok pg aku dpt sms dari kawan aku ckp dateline utk report ditangguhkan lg 3 hari..hampagas betol..tp ok jugakla at least keja aku dah siap. cuma bolehla touch up skit2 lg sebelum hantaq..

Sunday, July 4, 2010

ladies and gent..
hehehe..lamanya aku xupdate blog aku..maklumla,dah dok sekali dgn bini,sibuk ja memanjang..minggu ni memang memenatkan.lps bengkel 2 hari yg mmg xpenah abih awai,aku bdn aku jd mcm robot dah..ni dok ada langkawi plak mai present paper..adoi..7hb nak kena hantar final report utk research aku plak.phd aku mmg terabai gila2 sejak sebulan nih..igt nanti dah abis reseaarch aku mmg nak kena focus balik la.motivasi aku pun dah menunjukkan graf menurun dah ni..jenuhla nak cover balik..okla,setakat ni dulu.chiow

Monday, June 14, 2010

salam
selepas 15 hari xupdate, hari ni ada sedikit peluang.saja nak bercerita sikit pasal tranfer order yg wife aku dapat last week,dia dah dapat pindah ke aloq staq...alhamdulilah..selepas setahun dapat jugak kami bersama.dlm tempoh tu byk jugakla dugaan yg kami tempuh.tp la ni semua dah setel.tp cabaran baru pulak akan bermula.hehehe..
minggu ni aku sibuk cari rumah area jitra-tanah merah-kepala batas..memang susah sgt2 nak dpt..rumah byk yg kosong,cuma tuan dia taknak sewakan.kalau ada pun depa prefer buat homestay dari sewakan.dlm sibuk2 dok cari rumah,aku terjumpa rumah semi d setingkat nak dijual.rumah betul2 tepi highway changlun-alor star..menarik jugak..skrg tgh pikirla, nak beli ke nak sewa?kalau nak beli,mmg kena cari duit utk uruskan loan..memang kena ada rm30k jugakla..hmm..kalau xbeli syg plak..nak beli jenuh pening nak cari duit..
ni tgh pikir lg ni..pikir..pikir..pikir...ok la,aku nak sambung pikir..hehehe..chow.

Tuesday, June 1, 2010

salam semua..
lps seminggu jugak la baru aku ada peluang utk update blog ni..minggu ni agak sibuk dan serabut dgn byk benda.sibuk selesaikan masalah sendiri dan selesaikan masalah orang,tp alhamdulilah, semua berjalan dgn baik..minggu ni kita dikejutkan dgn serangan zionis laknaktullah ke atas kapal yg bawak bekalan makanan dan perubatan ke palestin..isu yg mmg semua org sakit hati tp sakit hati ni tinggal sakit hati ja la..masalah xjugak selesai..hmm..bila becakap psl kelemahan umat Islam zaman ni, aku terus jd malas nak pikir sebab bagi aku, apa sumbangan aku utk ubat semua ni..atas dasar memberi sumbangan, walaupun sebesar zarah yg dibahagi 14 bahagian, (keciknya sumbangan aku) mungkin sebab tu jugak aku pilih utk jd apa yg aku jd sekarang..pendidik anak bangsa..dan dalam mendidik ni, aku harap dipermudahkanNYA dan aku harap apa yg aku sampaikan kpd students aku adalah benda2 baik saja..ada satu ayat yg aku pernah dgr, "ikut apa yg saya ajar, jgn ikut apa yg saya buat"..so2., ok la,nanti aku update lg blog ni. mls nak tulis panjang..

bye

Wednesday, May 19, 2010

salam
rite now i am in sg petani at emerald puteri hotel for scm workshop..mungkin 3 hari hari kat sini.jumaat blk ke perlis dan sabtu rush ke pilah.sangat memenatkan. td ada bincang dgn supervisor aku psl international conference yg mungkin kami akan join, aku prefer utk p Europe sbb aku xpnh sampai lg ke sana, tp dia prefer utk ke Eastern Europe, places like Poland,Slovakia etc sbb dia xpnh sampai sana..hopefully aku dpt p la by end of this year atau next year utk present paper sambil jln2..bkn senang nak p free kan. last year aku berpeluang ke Qatar dan Morocco..so, alhamdulilah, dah pernah sampai Doha, Casablanca (teringat satu lagu yg aku suka) dan Marrakech. kali ni memang teringin nak p Europe sebab plan nak stay lama sikit kat sana. sambil jalan boleh jenguk kwn2 di sana. alang2 kat sna nanti aku dok aim nak pusing europe habis2an..nak p Belgium, Holland and France and of cos England especially kat manchester sebab kwn2 aku ramai kat sana.

Hopefully boleh p la cepat2..amin..teringin sangat nak tgk bumi Allah yg Indah ni..
Ok la, bengkel pun dah nak mula..so, nanti ada kelapangan aku akan update lg blog ni.

wslm..

Nadzri

Monday, May 17, 2010

salam semua
agak lama jugak aku xupdate blog, sekarang walaupun aku cuti, tp cuti aku bermisi. misi utk abiskan pengajian aku, cuma dlm minggu ni aku agak sibuk ulang alik ke pilah berjumpa isteri dan dlm masa yg sama, aku sibuk dgn kerja2 penyelidikan yg dah sampai ke penghujung. lps ni dah boleh tumpukan sepenuh perhatian pd study aku pulak. banyak lg yg aku kurang dlm kerja2 penyelidikan ni,dlm keadaan skrg aku jd sangat risau dengan progress kerja aku yg sangat perlahan. kelemahan aku pulak, aku xboleh buat dua kerja dalam satu2 masa. cuma bila kerja2 penyelidikan ni tamat, aku akan banyak tumpukan masa dengan pengajian aku, sbb bg aku aku, benda ni hidup dan mati aku. aku xdak pilihan lain selain abiskan pengajian within 3 years. cuma skrg aku doakan wife aku cpt2 dpt tukar ke sini, dah letih sangat dok ulang alik ke sana dan sini. tenaga dan duit dan banyak aku abiskan utk ulang alik saja. rumah pun xsempat beli lagi.
last week aku dan isteri sempat ke taman tunku sarina dkt dgn bandar darul aman jitra, cantik kawasan tu, dkt pulak dgn tasik darul aman, cuma rumah kat situ agak mahal tp surrounding dia mmg superb, sesuai utk besarkan anak2. cuma untuk beli rumah tu, aku dan isteri mmg kena fikir betol2 sebab so far aku ada 2 keta nak dibayar, dan isteri pun ada satu keta untuk dia bayar.

cuma mmg harap sangat2 dapat dok jitra especially kat area taman tasik darul aman sebab situ suasana sangat tenang dan dekat dgn exit highway,pendek kata dari segi lokasi memang sangat2 strategik.tp harga rumah kat situ memang boleh tahan la..hmm..

ok, sampai sini dulu.

regards
nadzri

Monday, April 26, 2010

Label Melabel

Semalam ada terbaca tulisan Tun Dr M, Tun ada menulis satu perkara berkaitan budaya label melabel nih.tp yg tu berkaitan dgn budaya politik peringkat atasan yg mana aku langsung tak terlibat. Bila dibaca dan difahami dgn mendalam, memang tidak dpt dielakkan budaya melabel ni wujud dalam banyak organisasi. Aku yg bekerja dengan organisasi yg agak besar ni pun xpernah lepas dari budaya label melabel. Budaya label ni la yg kadang2 memberi persepsi buruk individu di pandangan mata org lain. kalau betul apa yg dilabel,itu dah dikira mengata, kalau xbetul, dikira fitnah. Dua2 salah..
Aku jugak kadang2 ada mendengar si A melabel si B dgn pelbagai benda.tp bila mendekati si B, rupanya si B tak mcm tu pun. Cuma kadang2 sebagai manusia biasa, tidak dapat tidak,aku jugak mudah dipengaruhi dengan benda2 ni..Cuma aku kalau boleh biarla budaya melabel ni hanya diberi kepada mereka yg betul2 teruk dan wajib dijauhi dan bkn dijauhi sbb si A dan B ni ada krisis dan si A hrp si B ni dipulau.

Friday, April 23, 2010

Class of Harmony 2000

Salam..
Alhamdulillah,di awal pagi Sabtu (24 Mei 2010),aku mengambil sedikit masa untuk menulis dan up date apa yg patut dlm blog aku. Sabtu 2 minggu lps, aku bersama isteri berkesempatan utk berjumpa rakan2 sekolah di rumah salah seorang rakan aku jugak yg kini menetap di Port Dickson. Rakan aku, Fiqri, dah lama mengajak aku dan isteri ke rumah baru dia, cuma aku tak berkesempatan disebabkan komitmen kerja aku di UUM. Cuma pada hari sabtu tu ja aku sempat meluangkan masa aku untuk ke sana. Dalam masa yang sama, aku ada mengajak beberapa rakan2 lain utk ikut sama tetapi majoriti rakan2 sibuk dgn komitmen masing2. Cuma aku, Fendi dan keluarga (Linda dan anak2) serta Rota (harzurita) yg sempat meluangkan masa utk ke sana. Walaupun xramai yg dpt hadir, kami tetap dihiburkan oleh keletah anak Fendi dan Linda, si Iris yang menceriakan keadaan. Special thanks jugak aku nak ucapkan kpd Fiq dan family atas Mee kari yg sangat sedap dan dinner yg cukup best pada mlm Sabtu tu.
Bila sekali sekala berjumpa, byk la topik yg kami semua bincangkan. Bila imbau balik kenangan di sekolah dulu, aku tak pernah terlintas yang kami semua akan ada di tahap sekarang. Bagi aku, aku sangat berbangga dengan rakan2 terutama yang berasal dari 5 Harmoni 2000, Sekolah Menengah Kebangsaan Derma Kangar Perlis. Dulu di sekolah, aku dan rakan2 bukanlah terdiri dari kalangan pelajar yg menonjol, cuma seingat aku, kami cukup bersatu. Cuma sekarang bila tgk masing2 berjaya dengan kerjaya masing2, aku memang sangat2 seronok.
Lps perjumpaan tu,aku plan utk buat satu lg perjumpaan dgn rakan kelas 5 Harmoni . Harap2 kali ni lg ramai yg dapat datang. Dalam tiap2 kali perjumpaan, memori aku tak pernah terlepas dari mengingati arwah rakan baik kami, Allahyarham Ahmad Faizal Ahmad. Ketiadaan allahyarham sentiasa dirasai even hampir 7 tahun dia pergi. Al Fatihah utk arwah..
Ok, sampai setakat ni dulu. nanti kita jumpa lagi,insyaallah.

Wednesday, April 21, 2010

Pendapat vs Fakta

Salam..
Saja ja aku nak timbulkan isu ni. Bukan apa,sekadar untuk renungan bersama.bila kita bercakap pasal sesuatu isu (apa2 isu sekalipun),kita tak akan terlepas dari memberi pendapat kita.Contoh mudah mungkin isu politik atau apa sahaja.Setiap individu akan ada pendapat masing2 dan pendapat ini biasanya akan timbul berdasarkan ilmu pengetahuan dan pengalaman masing2.Bila kita bercakap pasal isu pendapat ni jugak,kita akan dapat melihat sejauh mana kepintaran seseorang dalam mengupas isu yang ditimbulkan. Dalam hal ini,aku merasa sangat bertuah kerana aku dikelilingi oleh individu2 yang berilmu pengetahuan. Pendapat rakan2 yang diberi ketika kami saja2 duduk berbual mengenai sesuatu topik, sedikit sebanyak akan menambah ilmu pengetahuan. melalui pengalaman bersembang dan berbincang ini jugak,sedikit sebanyak akan membawa kita untuk menilai sejauh mana ilmu pengetahuan seseorang. Betul cakap orang,ilmu pengetahuan yang akan membezakan kita dengan orang lain. Sebagai contoh,ketika aku berada dalam kelompok rakan2 yang berpengalaman di UUM,aku lebih suka diam dan mendengar dari bercakap. Pendapat seseorang yang bergelar Prof sebagai contoh, memang biasanya di luar kotak (out of the box) pemikiran kita. itu yang membezakan kita dengan mereka. ILMU dan PENGALAMAN.
Dalam mengupas sesuatu isu, pada pendapat aku, ada isu yang memang ada jawapannya yang hakiki, dan ada isu yang memang tidak ada jawapan yang spesifik. Dalam mengupas isu yang ada jawapan yang hakiki, mahu atau tidak mahu, kita tidak boleh lari dari satu rujukan yang dinamakan FAKTA. Dalam hal ini, aku lebih suka untuk tidak bercakap tentang sesuatu isu jika aku benar2 tak tau tentang isu tersebut disebabkan aku tak mau dianggap memandai2. Dalam mengupas isu yang memerlukan kita tau fakta, seseorang individu kadang2 cenderung untuk TUNJUK PANDAI dalam bercakap secara panjang berjela tentang isiuyang dia sendiri tak tau di mana mulanya, dan di mana akhirnya. Hasilnya, orang yang ada ilmu pengetahuan dalam isu tersebut hanya akan tersenyum sinis melihat dan mendengar apa yang cuba diperkatakan.
Betul cakap orang, berkawan dengan pembuat minyak wangi, kita juga akan terasa tempias baunya. Dalam kehidupan, memang kena pandai memilih kawan. Alhamdullilah, aku dikurniakan rakan2 yang masing2 berilmu dalam bidang masing2 dan apabila berjumpa, biarlah yang berilmu dalam sesuatu perkara bercakap,kita hanya mendengar. Dan apabila sampai masanya kita bercakap, bercakaplah benda yang bermanfaat dan mampu untuk dikongsi.
Ok, cukup untuk kali ni. Aku pun dah banyak sangat menulis.takut satgi melalut pulak kan. Kita dikurniakan 2 telinga dan satu mulut. Mendengar lebih banyak dari bercakap.Yang baik itu datang dari Allah, dan yg buruk adalah dari kelemahan diri kita sendiri.Wassalam..

HIkmah SPM2000

Bila dah sampai tahap blur dan stuck,aku mula akan pikir,boleh ka aku abiskan phd aku nih.kalau pikir2 blk,mmg ni la tahap tertinggi pengajian,dan memang sesuaila level ni SANGAT susah untuk dicapai.cuma aku pikir blk,bila dah mula melangkah,memeng kena teruskan jugak.lgpun aku dpt sponsor,mana buleh cakap tak buleh.haha..cuma aku berdoa agar dipermudahkanla semua kerja2 dan within 3 tahun,akan complete phd aku.dulu wife aku pernah cakap, dia percaya aku mampu dapat phd sebelum umur 30,padahal waktu tu aku baru final year degree dan plan nak apply for masters program.insyaallah,doa dia akan jadi kenyataan..

Cuma aku kena betul2 clearkan aku punya aim,cari balik motivasi yang banyak dah hilang untuk kembali kerja keras.SPM 2000 adalah titik tolak kebangkitan aku.SPM 2000 banyak bagi peringatan untuk aku agar sentiasa berhati-hati dan beringat,tak ada benda datang bergolek.semua nak kena usaha.kalau tak sebab keputusan SPM yang teruk,aku tak rasa aku akan ada kat tempat sekarang..betul kata orang,setiap yang berlaku ada hikmahnya.SPM 2000 banyak mengajaq aku.bila aku tgk kwn2 semua dah mula berhijrah untuk menuntut ilmu,aku masih kat bumi kangar,bersama rakan2 lain untuk teruskan apa yang aku anggap peluang terakhir.waktu tu jgn cakapla,memang rasa ketinggalan sangat.

Tapi mcm yang aku kata tadilah,apa yg terjadi,ada hikmahnya.lepas STPM,aku ke USM dan alhamdulilah,aku dapat scholarship JPA.dalam erti kata lain,untuk proses pengajian dari level degree hingga Phd,aku tak perlu berhutang dengan mana-mana pihak.itulah hikmah SPM 2000..

Tuesday, April 20, 2010

aku sangat bermasalah utk tido di mlm hari sejak dua menjak ni.nak kata aku buat kerja sgt mlm2,adala jugak,tp kadang2 mcm xberbaloi berjaga dgn progress kerja aku yg sangat perlahan aku rasa.masa banyak,tp aku xbleh nak fokus sangat.selasa ni hari utk jumpa supervisor aku untuk tunjuk progress kerja.malu jugak kadang dengan Dr Zul sbb progress yg terlampau perlahan ni.
salam..
mungkin aku agak ketinggalan..tp by tiday,i have my own blog..alhamdulilah..syukur.