Monday, April 26, 2010

Label Melabel

Semalam ada terbaca tulisan Tun Dr M, Tun ada menulis satu perkara berkaitan budaya label melabel nih.tp yg tu berkaitan dgn budaya politik peringkat atasan yg mana aku langsung tak terlibat. Bila dibaca dan difahami dgn mendalam, memang tidak dpt dielakkan budaya melabel ni wujud dalam banyak organisasi. Aku yg bekerja dengan organisasi yg agak besar ni pun xpernah lepas dari budaya label melabel. Budaya label ni la yg kadang2 memberi persepsi buruk individu di pandangan mata org lain. kalau betul apa yg dilabel,itu dah dikira mengata, kalau xbetul, dikira fitnah. Dua2 salah..
Aku jugak kadang2 ada mendengar si A melabel si B dgn pelbagai benda.tp bila mendekati si B, rupanya si B tak mcm tu pun. Cuma kadang2 sebagai manusia biasa, tidak dapat tidak,aku jugak mudah dipengaruhi dengan benda2 ni..Cuma aku kalau boleh biarla budaya melabel ni hanya diberi kepada mereka yg betul2 teruk dan wajib dijauhi dan bkn dijauhi sbb si A dan B ni ada krisis dan si A hrp si B ni dipulau.

Friday, April 23, 2010

Class of Harmony 2000

Salam..
Alhamdulillah,di awal pagi Sabtu (24 Mei 2010),aku mengambil sedikit masa untuk menulis dan up date apa yg patut dlm blog aku. Sabtu 2 minggu lps, aku bersama isteri berkesempatan utk berjumpa rakan2 sekolah di rumah salah seorang rakan aku jugak yg kini menetap di Port Dickson. Rakan aku, Fiqri, dah lama mengajak aku dan isteri ke rumah baru dia, cuma aku tak berkesempatan disebabkan komitmen kerja aku di UUM. Cuma pada hari sabtu tu ja aku sempat meluangkan masa aku untuk ke sana. Dalam masa yang sama, aku ada mengajak beberapa rakan2 lain utk ikut sama tetapi majoriti rakan2 sibuk dgn komitmen masing2. Cuma aku, Fendi dan keluarga (Linda dan anak2) serta Rota (harzurita) yg sempat meluangkan masa utk ke sana. Walaupun xramai yg dpt hadir, kami tetap dihiburkan oleh keletah anak Fendi dan Linda, si Iris yang menceriakan keadaan. Special thanks jugak aku nak ucapkan kpd Fiq dan family atas Mee kari yg sangat sedap dan dinner yg cukup best pada mlm Sabtu tu.
Bila sekali sekala berjumpa, byk la topik yg kami semua bincangkan. Bila imbau balik kenangan di sekolah dulu, aku tak pernah terlintas yang kami semua akan ada di tahap sekarang. Bagi aku, aku sangat berbangga dengan rakan2 terutama yang berasal dari 5 Harmoni 2000, Sekolah Menengah Kebangsaan Derma Kangar Perlis. Dulu di sekolah, aku dan rakan2 bukanlah terdiri dari kalangan pelajar yg menonjol, cuma seingat aku, kami cukup bersatu. Cuma sekarang bila tgk masing2 berjaya dengan kerjaya masing2, aku memang sangat2 seronok.
Lps perjumpaan tu,aku plan utk buat satu lg perjumpaan dgn rakan kelas 5 Harmoni . Harap2 kali ni lg ramai yg dapat datang. Dalam tiap2 kali perjumpaan, memori aku tak pernah terlepas dari mengingati arwah rakan baik kami, Allahyarham Ahmad Faizal Ahmad. Ketiadaan allahyarham sentiasa dirasai even hampir 7 tahun dia pergi. Al Fatihah utk arwah..
Ok, sampai setakat ni dulu. nanti kita jumpa lagi,insyaallah.

Wednesday, April 21, 2010

Pendapat vs Fakta

Salam..
Saja ja aku nak timbulkan isu ni. Bukan apa,sekadar untuk renungan bersama.bila kita bercakap pasal sesuatu isu (apa2 isu sekalipun),kita tak akan terlepas dari memberi pendapat kita.Contoh mudah mungkin isu politik atau apa sahaja.Setiap individu akan ada pendapat masing2 dan pendapat ini biasanya akan timbul berdasarkan ilmu pengetahuan dan pengalaman masing2.Bila kita bercakap pasal isu pendapat ni jugak,kita akan dapat melihat sejauh mana kepintaran seseorang dalam mengupas isu yang ditimbulkan. Dalam hal ini,aku merasa sangat bertuah kerana aku dikelilingi oleh individu2 yang berilmu pengetahuan. Pendapat rakan2 yang diberi ketika kami saja2 duduk berbual mengenai sesuatu topik, sedikit sebanyak akan menambah ilmu pengetahuan. melalui pengalaman bersembang dan berbincang ini jugak,sedikit sebanyak akan membawa kita untuk menilai sejauh mana ilmu pengetahuan seseorang. Betul cakap orang,ilmu pengetahuan yang akan membezakan kita dengan orang lain. Sebagai contoh,ketika aku berada dalam kelompok rakan2 yang berpengalaman di UUM,aku lebih suka diam dan mendengar dari bercakap. Pendapat seseorang yang bergelar Prof sebagai contoh, memang biasanya di luar kotak (out of the box) pemikiran kita. itu yang membezakan kita dengan mereka. ILMU dan PENGALAMAN.
Dalam mengupas sesuatu isu, pada pendapat aku, ada isu yang memang ada jawapannya yang hakiki, dan ada isu yang memang tidak ada jawapan yang spesifik. Dalam mengupas isu yang ada jawapan yang hakiki, mahu atau tidak mahu, kita tidak boleh lari dari satu rujukan yang dinamakan FAKTA. Dalam hal ini, aku lebih suka untuk tidak bercakap tentang sesuatu isu jika aku benar2 tak tau tentang isu tersebut disebabkan aku tak mau dianggap memandai2. Dalam mengupas isu yang memerlukan kita tau fakta, seseorang individu kadang2 cenderung untuk TUNJUK PANDAI dalam bercakap secara panjang berjela tentang isiuyang dia sendiri tak tau di mana mulanya, dan di mana akhirnya. Hasilnya, orang yang ada ilmu pengetahuan dalam isu tersebut hanya akan tersenyum sinis melihat dan mendengar apa yang cuba diperkatakan.
Betul cakap orang, berkawan dengan pembuat minyak wangi, kita juga akan terasa tempias baunya. Dalam kehidupan, memang kena pandai memilih kawan. Alhamdullilah, aku dikurniakan rakan2 yang masing2 berilmu dalam bidang masing2 dan apabila berjumpa, biarlah yang berilmu dalam sesuatu perkara bercakap,kita hanya mendengar. Dan apabila sampai masanya kita bercakap, bercakaplah benda yang bermanfaat dan mampu untuk dikongsi.
Ok, cukup untuk kali ni. Aku pun dah banyak sangat menulis.takut satgi melalut pulak kan. Kita dikurniakan 2 telinga dan satu mulut. Mendengar lebih banyak dari bercakap.Yang baik itu datang dari Allah, dan yg buruk adalah dari kelemahan diri kita sendiri.Wassalam..

HIkmah SPM2000

Bila dah sampai tahap blur dan stuck,aku mula akan pikir,boleh ka aku abiskan phd aku nih.kalau pikir2 blk,mmg ni la tahap tertinggi pengajian,dan memang sesuaila level ni SANGAT susah untuk dicapai.cuma aku pikir blk,bila dah mula melangkah,memeng kena teruskan jugak.lgpun aku dpt sponsor,mana buleh cakap tak buleh.haha..cuma aku berdoa agar dipermudahkanla semua kerja2 dan within 3 tahun,akan complete phd aku.dulu wife aku pernah cakap, dia percaya aku mampu dapat phd sebelum umur 30,padahal waktu tu aku baru final year degree dan plan nak apply for masters program.insyaallah,doa dia akan jadi kenyataan..

Cuma aku kena betul2 clearkan aku punya aim,cari balik motivasi yang banyak dah hilang untuk kembali kerja keras.SPM 2000 adalah titik tolak kebangkitan aku.SPM 2000 banyak bagi peringatan untuk aku agar sentiasa berhati-hati dan beringat,tak ada benda datang bergolek.semua nak kena usaha.kalau tak sebab keputusan SPM yang teruk,aku tak rasa aku akan ada kat tempat sekarang..betul kata orang,setiap yang berlaku ada hikmahnya.SPM 2000 banyak mengajaq aku.bila aku tgk kwn2 semua dah mula berhijrah untuk menuntut ilmu,aku masih kat bumi kangar,bersama rakan2 lain untuk teruskan apa yang aku anggap peluang terakhir.waktu tu jgn cakapla,memang rasa ketinggalan sangat.

Tapi mcm yang aku kata tadilah,apa yg terjadi,ada hikmahnya.lepas STPM,aku ke USM dan alhamdulilah,aku dapat scholarship JPA.dalam erti kata lain,untuk proses pengajian dari level degree hingga Phd,aku tak perlu berhutang dengan mana-mana pihak.itulah hikmah SPM 2000..

Tuesday, April 20, 2010

aku sangat bermasalah utk tido di mlm hari sejak dua menjak ni.nak kata aku buat kerja sgt mlm2,adala jugak,tp kadang2 mcm xberbaloi berjaga dgn progress kerja aku yg sangat perlahan aku rasa.masa banyak,tp aku xbleh nak fokus sangat.selasa ni hari utk jumpa supervisor aku untuk tunjuk progress kerja.malu jugak kadang dengan Dr Zul sbb progress yg terlampau perlahan ni.
salam..
mungkin aku agak ketinggalan..tp by tiday,i have my own blog..alhamdulilah..syukur.