Wednesday, April 21, 2010

Pendapat vs Fakta

Salam..
Saja ja aku nak timbulkan isu ni. Bukan apa,sekadar untuk renungan bersama.bila kita bercakap pasal sesuatu isu (apa2 isu sekalipun),kita tak akan terlepas dari memberi pendapat kita.Contoh mudah mungkin isu politik atau apa sahaja.Setiap individu akan ada pendapat masing2 dan pendapat ini biasanya akan timbul berdasarkan ilmu pengetahuan dan pengalaman masing2.Bila kita bercakap pasal isu pendapat ni jugak,kita akan dapat melihat sejauh mana kepintaran seseorang dalam mengupas isu yang ditimbulkan. Dalam hal ini,aku merasa sangat bertuah kerana aku dikelilingi oleh individu2 yang berilmu pengetahuan. Pendapat rakan2 yang diberi ketika kami saja2 duduk berbual mengenai sesuatu topik, sedikit sebanyak akan menambah ilmu pengetahuan. melalui pengalaman bersembang dan berbincang ini jugak,sedikit sebanyak akan membawa kita untuk menilai sejauh mana ilmu pengetahuan seseorang. Betul cakap orang,ilmu pengetahuan yang akan membezakan kita dengan orang lain. Sebagai contoh,ketika aku berada dalam kelompok rakan2 yang berpengalaman di UUM,aku lebih suka diam dan mendengar dari bercakap. Pendapat seseorang yang bergelar Prof sebagai contoh, memang biasanya di luar kotak (out of the box) pemikiran kita. itu yang membezakan kita dengan mereka. ILMU dan PENGALAMAN.
Dalam mengupas sesuatu isu, pada pendapat aku, ada isu yang memang ada jawapannya yang hakiki, dan ada isu yang memang tidak ada jawapan yang spesifik. Dalam mengupas isu yang ada jawapan yang hakiki, mahu atau tidak mahu, kita tidak boleh lari dari satu rujukan yang dinamakan FAKTA. Dalam hal ini, aku lebih suka untuk tidak bercakap tentang sesuatu isu jika aku benar2 tak tau tentang isu tersebut disebabkan aku tak mau dianggap memandai2. Dalam mengupas isu yang memerlukan kita tau fakta, seseorang individu kadang2 cenderung untuk TUNJUK PANDAI dalam bercakap secara panjang berjela tentang isiuyang dia sendiri tak tau di mana mulanya, dan di mana akhirnya. Hasilnya, orang yang ada ilmu pengetahuan dalam isu tersebut hanya akan tersenyum sinis melihat dan mendengar apa yang cuba diperkatakan.
Betul cakap orang, berkawan dengan pembuat minyak wangi, kita juga akan terasa tempias baunya. Dalam kehidupan, memang kena pandai memilih kawan. Alhamdullilah, aku dikurniakan rakan2 yang masing2 berilmu dalam bidang masing2 dan apabila berjumpa, biarlah yang berilmu dalam sesuatu perkara bercakap,kita hanya mendengar. Dan apabila sampai masanya kita bercakap, bercakaplah benda yang bermanfaat dan mampu untuk dikongsi.
Ok, cukup untuk kali ni. Aku pun dah banyak sangat menulis.takut satgi melalut pulak kan. Kita dikurniakan 2 telinga dan satu mulut. Mendengar lebih banyak dari bercakap.Yang baik itu datang dari Allah, dan yg buruk adalah dari kelemahan diri kita sendiri.Wassalam..

1 comment: